Sabtu, 25 Ogos 2012

Pemberian dan Pengalaman

Assalamualaikum.

'Orang memberi kita merasa', pepatah melayu itu memang tepat, bagus nenek-nenek moyang kita reka. Syabas untuk mereka, haha. Okay, Bulan ni aku berbahagia, berseronok, berenjoy, beromeo dan berjuliet, fullstopp. Terima kasih daun keladi my Santa, next time bagi lagi taw-taw. hehehe, *buat muka comel*.

* Mr. Sessionist



Emm..... edapnyeww! Thank you-thank you, tocey-tocey. Ini pertama kali aku dapat secret recipe tanpa membayar, tanpa menggunakan duit se-sen, tetapi cuma melangkah masuk ke dalam Kedai Secret Recipe sahaja. Okay, ini juga pertama kali aku jumpa Mr. I'm shock! I'm shy! Aku tak tahu nak cakap apa, interaksi apa yang akan aku gunakan? #blur......  


 * Muhd. Romeo




Tudung kuning? wah-wah, aku paling suka warna kuning, suka sangat-sangat weh. Percaya atau tidak, aku dah cuba dan mencuba cari tudung warna kuning yang buat aku tertarik, tetapi tak jumpa-jumpa. #sad.... Finally, wahahaha hooreyyy, aku dapat. Thanks bebanyak, i love it! Aku kerap juga pakai tudung ni, aku nampak segak bergaya kan? Well, kuning sentiasa menambahkan semangat aku.


* Mr.7 Years (F.H)




Inilah baju paling tercomel yang pernah aku dapat, seriously? yess.... 'correct-correct' *sambil buat gaya*. Ini trademark okay, tak nak terima shuh-shuh. Bertahun aku tunggu dapat baju, baru sekarang aku dapat baju, huh! Blah-blah, eh kau ni dah kenapa? Orang bagi tu, bukan guna duit kau! okay fine #diam... Aku akan berusaha jaga baju pink ni, alololo tomei-tomei iteww nyahh, sentiasa pinky. Apa kawan-kawan, pinky tetap di hati. 




Okay lah, sampai di sini saja lah aku menunjukkan rasa terima kasih kepada semua my Santa, i'm appreciate, thank you. Gua di dalam gambar tu dapat senyum kambing je, tetapi tetap tomei kan, almaklumlah Photographer tough yang tak bartauliah snap:P

Sekian.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Kebahagiaan milik kita

Assalamualaikum.

Berdasarkan tajuk dia atas, eceh dah macam karangan SPM. Okay, aku nak cerita tentang kehidupan orang dewasa. Bagi pendapat aku dan pemerhatian aku, tak salah kahwin awal, ada duit sikit-sikit, cukup semuanya, boleh lah bina keluarga. Aku remaja, so sukahati lah nak cerita pasal future. First things, aku suka tengok keluarga yang sempoi-sempoi ni, nampak muda, awet muda tu, haha. Walaupun dah ada anak tapi tak semestinya kita tak boleh buat apa saja yang kita suka kan? So, kita enjoyyyyyyy.

*Kita saksikan gambar ini: 

















Oleh itu, gambar  bukan sekadar suka-suka untuk ambil dan buang, tetapi gambar menunjukkan perasaan seseorang.

Sekian.
Beraya

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Opss, lambatnya wish raya kan, tapi tak apa pagi petang siang malam itu masih muda, haha. Okay, aku belum sembuh lagi, B.E.L.U.M S.E.M.B.U.H okay! Tapi raya tetap raya, duit raya tetap duit raya. Biar hidup terbaring, janji sedara mara pandang kesian dekat aku, terus dapat duit raya *simpati*. Haha. Hari raya aku tak makan pedas, so rendang-rendang wa tak makan lah, wa makan bubur je, okay tipu. 

Sekarang bermulalah kisah raya yang aku anggap bersemangat sikit sebelum raya pertama, kedua, dan ketiga iaitu di rumah aku. Rumah aku kampung anak-anak sedara, anak-anak buah ye, harap maklum. Dan aku digelar auntie muda, memang terbuktilah aku muda, hehe.




Inilah ikan yang aku tangkap dekat parit sana, percaya? Orang noob pun percaya. Ikan pilihan duda iaitu 3 rasa, 3 perasaan, 3 janda-janda, haha.




Weh-weh, makanan apa tu? haha, dari jauh aku nampak petai rentung yang tersalut pada ikan marina, Sooo Gooood, macam iklan nugget marina kan kan. Aku tak tahu nama makanan ni sebab aku tak rasa, 'kepedasan' nanti, *ayat baru*.




Yang ni siapa tak tahu dia memang orang barat okay, eceh barat lah sangat. Ini saja lah makanan yang perlu aku letak sebab berbeza dengan makanan yang dah terbiasa orang makan time hari raya kan. Sepatutnya letaklah ketupat ke, rendang ke, serunding ke, lontong ke, tapi tak perlu lah kan, ni pun sudah raya ke-4, so makanan tu semua dah habis dalam perut lah kan.




Mereka-mereka ni keluarga aku, tak ada dalam gambar pun keluarga aku juga, cuma gambar mereka tak diiktiraf masuk dalam kamera ni :P




Okay, start makan, nyum-nyum. Tengoklah rupa kakak aku makan, amboihh kemain sedap gitu rupanya.




Ya allah, ya rabbi, dalam gambar ni siapa weh? pahal wa demukkk ni? ada pulak botox time raya-raya ni. Menci ah! Mana tak gemuk kan, wa tengah sedap-sedap makan, Si Budak Nyot dah tak sabar nak snap gambar aku, hakikatnya???? #cover . Di bawah inilah gambar Si Budak Nyot tu.

|
|
|
|
V




Lepas 'erkkkkk', kenyangnyaaa aku pun apa lagi bergambar lah segila mungkin. Aku ada geng kerbau, korang-korang ada? Tengoklah rupa kerbau merah tu, nampak sangat kerbau tua, hehehe, peace:)




Sudah menjadi trend dan style, apabila aku dah start gelak, siapa-siapa yang duduk sebelah aku akan ku "colikkk sikitttt", hahahahah, ayat gila budak kelas. 




Takutkan gelak sakan air liur  menyembur, aku menutup mulut, sebagai protection katakan. Ini petua okay.




Akhir sekali, aku dah penat meroyan bagai, tengkuk aku pun dah sakit. Aku bukan sakit bahagian perut je tapi belakang-belakang aku pun nak juga sakit, adoiii stresss makk! Sampai sini jela aku bercerita, next time ado lagi.

Sekian.


Pagi Syawal
Assalamualaikum.   

Tahun ini aku sambut raya tak gembira okay. Wahai badut-badut sekalian tolong gembirakan aku balik, kembalikan rayaaaaa kuuuuuu. Pagi-pagi raya macam biasa semua kaum muslimin dan muslimat pergi ke mana kawan-kawan? Kawan-kawan pun menjawab masjiiiiid. Okay, CORRECT-CORRECT *gaya*. Aku pun pergi lah solat seperti biasa, lepas solat tiba-tiba perut aku 'dum dum dum' sakitnya, serious berbunyi? sukahati. Dekat masjid itu juga sakit. Then terpaksa aku pergi toilet, nasib ada toilet, itu semestinya. 

Balik solat, aku berguling-guling atas tikar pun jadi, tak sempat menyempat aku lari bilik. Nak raya ni, nak pakai baju baru ni, pinky sweet-sweet gitu, apakah malang menimpa ni? amboihh, mengeluh, tak baik ni. Lama-kelamaan cacing-cacing dalam perut mengamuk, dia meratah daging-daging ke tulang-tulang perut, ada ke? Then, cacing-cacing pun berkata habislah kau wahai manusia, selama ni biarkan aku berlapar, makan pelik-pelik, sekarang hamek kau manusia, aku makan isi perut kau, sampai begitu sekali cacing berdendam. Hari raya kot, saling bermaafan lah kan. Okay, berkira.

Selepas itu, perut gua memang pedih, swear. Terpaksa lah aku melapangkan dada, akur pergi menghadap doctor, Perlu ke? perlu perlu, nak sihat katakan. Oleh itu, aku lampirkan jenis-jenis ubat yang akan membantu aku membunuh cacing-cacing tu, then tamatlah riwayat kau cacing.

*Inilah senarai ubat-ubat pembunuh cacing-cacing :

1 --------------->

2 ------------>

3 ------------->

4 ------------->

5 ------------>

Sekian.

Khamis, 23 Ogos 2012

GO GO GO,Big Big Girl!

Assalamualaikum.

Hai, sekian lama tak update blog, semua post lama dah delete, missing dah. Di atas inilah tajuk pertama pada tahun ini aku nak ceritakan dekat semua orang tidak kira kecil atau besar setelah sekian lama aku lari dari dunia blog, hehe. peace :) 

Firstly, okay. Aku dah besar! Sekarang aku dah jadi pelajar dalam bidang akauntansi, wah mak abah, bangga lah sikit, *kelip mata* orang nak kerja bank ni, nak pegang duit bukan setakat rm1 rm5 rm10 rm100 dan seangkatannya, tapi nak pegang duit berguni-guni okay, BERGUNI! 


Kehidupan menjadi pelajar sekolah menengah berbeza dengan kehidupan menjadi pelajar di politeknik. Dulu pergi sekolah dekat sahaja, 5 langkah aku jalan depan itulah sekolah aku, weh depan mata je, haha nampak sangat tipunya. Taknak tipu dah, sebenarnya nak ke sekolah memerlukan langkah aku berjalan iaitu selama 5 minit. So, apabila budak-budak lain pergi sekolah satu jam dah ready dari rumah, tapi aku berapa-berapa minit pun boleh. Sukahati i okay! TETAPI dah masuk politeknik ini terpaksa lah aku bangun awal, kejut budak-budak bangun tidak kira perempuan atau lelaki, heishh payah jadi mak angkat ini. One family, One heart, One soul katakan. Kelas pulak kemain jauh berbatu-batu, sampai senget-benget kaki aku nak jalan jauh, melecet sampai luka pun ada, tapi aku bersyukur dapat khidmat rawatan rapi daripada Teletubbies aka Doraemon. 

Then, dulu pergi sekolah tak payah pikir baju apa nak pakai, baju putih dan kain hitam je, eh lelaki pun pakai kain juga ke? Pikir logik donggg, lelaki dengan seluar hijau lah. Kawan-kawan juga telah berubah rupa, opss rupa macam mana? Rupa manusia jugalah. Dulu zaman pop yeah-yeah, kawan-kawan aku perangai keanak-anakan, sekarang semuanya dah berubah, pandai jaga diri, independent katakan. 'PERLU KE' By Naz Alkohom. Hidup dulu enjoy bak fantasi, sekarang semua nak pikir. FUTURE weh! Tak lepas belajar ada calon kahwin jela kau Mak Jemah oi. Kawan-kawan juga sentiasa bertukar dari semasa ke semasa, so apa perlu buat, beramah mesra lah kita sesama manusia:)

Baiklah, aku ringkaskan cerita berdasarkan gambar, panjang-panjang story buat apa kan, tak ada seni pun. Dengan gambar terwujudlah perasaan yang bermacam-macam.


* Kehidupan sebelum dan selepas


Ohoiiii, tengoklah muka aku pada zaman kanak-kanak ribena yang tak banyak tekanan, ceria je. Setakat tekanan SPM je pun aku tanggung, tak macam sekarang macam-macam tekanan ada, gugur rambut sehelai demi sehelai. Kalah pesakit barah, haha. Sebelah aku yang paling 'badan aku terapat' *ayat baru* itu adalah scandal aku, haha handsome. Dan gegirl-gegirl sebelah menyebelah aku itulah kawan-kawan seperjuangan aku semasa form 4 dan 5. 



Sekarang, gua ada kawan baru lah, kawan yang dah 'gedekk-gedekk' ye. Okay, inilah budak-budak kelas aku. Lihatlah betapa warna-warninya suasana cik gadis dan cik gudas di tengah pokok, semua muka nak kena cover tu, model lah katakan terutamanya ANGAH si budak-budak, jangan marah nanti you kena jual, hehe.


Wah-wah, lu pahal gangster mat? senyum lah sikit, TIGA. Haa, inilah jejaka-jejaka yang akan menjadi family aku selama 3 tahun ni, sampai muak nyah menghadap muka dorang, toleh tepi si mat, toleh tepi lagi si abu, toleh tepi lagi si ali. Sampai tak tertoleh lah asyik tengok muka dorang lagi, ish3, haha, overrrrrr by lulu.


Yang ini jejaka zaman aku dulu, handsome tak? Limited edition tahu tak, siapa cepat dia dapat, Mari-mari. 



Hai kawan-kawan demokk tak kita? Bahagia agaknya dekat situ sampai pukul 2 hingga 3 pagi pun makan dan terus memakan diri. Sebelah aku ialah kawan baru aku, nama dia kan Nurul Aqilah, just call her name qiqi ye. Attention please, Ini kawan baik gua, lu jangan macam-macam atau berani-berani ambil atau rampas-rampas dia atau terlebih-lebih rapat dengan dia okay! lulu jeles tahu tak. Nanti lulu tak ada kawan nak bermanja:( 



Eh-eh ada harimau bertanduk kerbau lah, manalah dapat baka mix tu kan, pak rimau kahwin dengan mak bau, so terhasil lah budak dalam tu, haha. Sebelum masuk kelas kenalah bergambar, barulah rasa tenang je nak belajar. Sebelah aku tu Cik Aza leader group kami iaitu 'Less Gossip, upsss', amboihh gewdiknyeww, sukahati lah, janji umpss.



Tengok lah terbuktikan nama group kami, siap tunjuk bukti weh, guna jari pun boleh, L. Yang cik mat belakang tu pun nak join sekali masuk group kami, siap melutut tu, haha. Perlu ke? 



Akhir sekali, mereka-mereka ni paling rapat terutamanya gegirl-gegirl di sebelah kiri, tiap masa bersama, alololo, sweetnyeww, jeles iteww taw tak. Otak mereka gila-gila, semua lah gila-gila, so memang boleh buat gelak besar lah kalau sekali pandang dorang. Inikan sekali pandang, kalau berkali-kali pandang tak huru haranya suasana. Gambar-gambar yang comel-comel ni semua aku copy daripada Cik Izzati dan Cik Aza, thanks.

Sekian.