Beraya
Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Opss, lambatnya wish raya kan, tapi tak apa pagi petang siang malam itu masih muda, haha. Okay, aku belum sembuh lagi, B.E.L.U.M S.E.M.B.U.H okay! Tapi raya tetap raya, duit raya tetap duit raya. Biar hidup terbaring, janji sedara mara pandang kesian dekat aku, terus dapat duit raya *simpati*. Haha. Hari raya aku tak makan pedas, so rendang-rendang wa tak makan lah, wa makan bubur je, okay tipu.
Sekarang bermulalah kisah raya yang aku anggap bersemangat sikit sebelum raya pertama, kedua, dan ketiga iaitu di rumah aku. Rumah aku kampung anak-anak sedara, anak-anak buah ye, harap maklum. Dan aku digelar auntie muda, memang terbuktilah aku muda, hehe.
Inilah ikan yang aku tangkap dekat parit sana, percaya? Orang noob pun percaya. Ikan pilihan duda iaitu 3 rasa, 3 perasaan, 3 janda-janda, haha.
Weh-weh, makanan apa tu? haha, dari jauh aku nampak petai rentung yang tersalut pada ikan marina, Sooo Gooood, macam iklan nugget marina kan kan. Aku tak tahu nama makanan ni sebab aku tak rasa, 'kepedasan' nanti, *ayat baru*.
Yang ni siapa tak tahu dia memang orang barat okay, eceh barat lah sangat. Ini saja lah makanan yang perlu aku letak sebab berbeza dengan makanan yang dah terbiasa orang makan time hari raya kan. Sepatutnya letaklah ketupat ke, rendang ke, serunding ke, lontong ke, tapi tak perlu lah kan, ni pun sudah raya ke-4, so makanan tu semua dah habis dalam perut lah kan.
Mereka-mereka ni keluarga aku, tak ada dalam gambar pun keluarga aku juga, cuma gambar mereka tak diiktiraf masuk dalam kamera ni :P
Okay, start makan, nyum-nyum. Tengoklah rupa kakak aku makan, amboihh kemain sedap gitu rupanya.
Ya allah, ya rabbi, dalam gambar ni siapa weh? pahal wa demukkk ni? ada pulak botox time raya-raya ni. Menci ah! Mana tak gemuk kan, wa tengah sedap-sedap makan, Si Budak Nyot dah tak sabar nak snap gambar aku, hakikatnya???? #cover . Di bawah inilah gambar Si Budak Nyot tu.
|
|
|
|
V
Lepas 'erkkkkk', kenyangnyaaa aku pun apa lagi bergambar lah segila mungkin. Aku ada geng kerbau, korang-korang ada? Tengoklah rupa kerbau merah tu, nampak sangat kerbau tua, hehehe, peace:)
Sudah menjadi trend dan style, apabila aku dah start gelak, siapa-siapa yang duduk sebelah aku akan ku "colikkk sikitttt", hahahahah, ayat gila budak kelas.
Takutkan gelak sakan air liur menyembur, aku menutup mulut, sebagai protection katakan. Ini petua okay.
Akhir sekali, aku dah penat meroyan bagai, tengkuk aku pun dah sakit. Aku bukan sakit bahagian perut je tapi belakang-belakang aku pun nak juga sakit, adoiii stresss makk! Sampai sini jela aku bercerita, next time ado lagi.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan