Jumaat, 24 Ogos 2012

Pagi Syawal
Assalamualaikum.   

Tahun ini aku sambut raya tak gembira okay. Wahai badut-badut sekalian tolong gembirakan aku balik, kembalikan rayaaaaa kuuuuuu. Pagi-pagi raya macam biasa semua kaum muslimin dan muslimat pergi ke mana kawan-kawan? Kawan-kawan pun menjawab masjiiiiid. Okay, CORRECT-CORRECT *gaya*. Aku pun pergi lah solat seperti biasa, lepas solat tiba-tiba perut aku 'dum dum dum' sakitnya, serious berbunyi? sukahati. Dekat masjid itu juga sakit. Then terpaksa aku pergi toilet, nasib ada toilet, itu semestinya. 

Balik solat, aku berguling-guling atas tikar pun jadi, tak sempat menyempat aku lari bilik. Nak raya ni, nak pakai baju baru ni, pinky sweet-sweet gitu, apakah malang menimpa ni? amboihh, mengeluh, tak baik ni. Lama-kelamaan cacing-cacing dalam perut mengamuk, dia meratah daging-daging ke tulang-tulang perut, ada ke? Then, cacing-cacing pun berkata habislah kau wahai manusia, selama ni biarkan aku berlapar, makan pelik-pelik, sekarang hamek kau manusia, aku makan isi perut kau, sampai begitu sekali cacing berdendam. Hari raya kot, saling bermaafan lah kan. Okay, berkira.

Selepas itu, perut gua memang pedih, swear. Terpaksa lah aku melapangkan dada, akur pergi menghadap doctor, Perlu ke? perlu perlu, nak sihat katakan. Oleh itu, aku lampirkan jenis-jenis ubat yang akan membantu aku membunuh cacing-cacing tu, then tamatlah riwayat kau cacing.

*Inilah senarai ubat-ubat pembunuh cacing-cacing :

1 --------------->

2 ------------>

3 ------------->

4 ------------->

5 ------------>

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan